Ahli Bersekutu CIB
|
| |
| Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) kini merupakan Ahli Bersekutu International Council for Research and Innovation in Building and Construction (CIB), sebuah rangkaian terkemuka dunia dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi industri bangunan dan pembinaan. |
| |
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa CREAM telah secara rasmi diiktiraf sebagai Ahli Bersekutu International Council for Research and Innovation in Building and Construction (CIB), sebuah rangkaian terkemuka dunia dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi industri bangunan dan pembinaan.
Keahlian ini merupakan satu pencapaian penting yang mencerminkan komitmen CREAM dalam memperkasa penyelidikan pembinaan, memperkukuh kerjasama antarabangsa serta memacu inovasi ke arah pembangunan mampan industri pembinaan Malaysia. |
| |
| Melalui keahlian ini, CREAM berpeluang untuk: |
| |
- Menjalinkan kerjasama dengan penyelidik dan pakar industri terkemuka dari seluruh dunia.
- Menyertai komisen kerja antarabangsa serta rangkaian penyelidikan CIB
- Berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang penyelidikan serta inovasi pembinaan
- Memperkukuh jaringan kerjasama global yang memberi manfaat kepada sektor pembinaan Malaysia.
|
| |
| CREAM komited untuk menyumbang kepada komuniti penyelidikan pembinaan di peringkat antarabangsa, di samping membawa pulang pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dunia bagi memperkukuh kemajuan industri pembinaan Malaysia. |
|
|
| |
| |