Penyelidikan & Pembangunan (P&P)

CREAM menyediakan perkhidmatan perundingan kepada CIDB serta pemain industri. CREAM menjalankan analisis dan penyelidikan mengenai isu-isu yang mendesak dalam industri pembinaan negara dan berdasarkan analisis dan penyelidikan itu, menyediakan cadangan dasar praktikal yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti, dan keberkesanan industri pembinaan dengan aktiviti-aktiviti berikut:
 
Menjalankan penyelidikan dan analisis yang ketat berasaskan fakta dan data:
 
  • Menganjurkan bengkel, meja bulat, persidangan dan ceramah untuk pakar bidang, pembuat dasar, pemimpin pemikiran dan orang ramai yang berminat.
  • Mencadangkan dan menyokong penyelidikan dalam cadangan dasar.
  Penyelidikan & Pembangunan (P&P)
 

RKluster Penyelidikan

Bahan Termaju
Bahan binaan dan produk ekonomi, mesra alam dan berkualiti
Teknologi
Perindustrian, prosess pembinaan termaju, mekanisasi dan pendigitalan
Inovasi
Pembudayaan inovasi untuk mentrasnformasikan industri pembinaan
 
 

Pemindahan Teknologi

Pengetahuan & Sumber
Memanfaatkan pengetahuan untuk membina keupayaan masyarakat
Pengkomersilan
Mempromosi, mempatenkan dan mengkomersilkan produk R&D
Kerjasama
Menjalankan kerjasama dengan pihak berkepentingan industri pembinaan untuk memupuk penggunaan R&D dalam teknologi dan inovasi
 

Bidang Keutamaan Penyelidikan

Perindustrian  4.0
 
Sistem Bangunan Berindustri
Inovasi &
Teknologi
Bahan Termaju
 
Pemodelan Maklumat Bangunan
Produktiviti
 
 

DIVERGENT DWELLING DESIGN (D3)

D3 memberi tumpuan kepada kemampuan, kebolehsuaian, kualiti dan kemampanan melalui kerjasama antara Sime Darby Property & CREAM.
 
Objektif
  • Memenuhi keperluan perumahan mampu milik negara dengan rumah berkualiti
  • Kaedah reka bentuk dan pembinaan yang inovatif untuk meningkatkan kualiti rumah mampu milik yang mencipta nilai berskala besar
  • Mengguna pakai kandungan Industrialized Building System (IBS) yang lebih tinggi selaras dengan National Construction Industry Road Map bagi meningkatkan masa, kualiti dan kos pembinaan
 
Kelebihan
  • Meningkatkan taraf hidup tanpa penalty harga yang tinggi
  • Meningkatkan kebolehlihatan dengan reka bentuk yang unggul
  • Meningkatkan kepastasan pembinaan dengan penggunaan IBS
  • Meningkatkan keselamatan tapak dan mengurangkan kebergantungan buruh melalui fabrikasi luar tapak
  • Mengurangkan pembaziran bahan dan kos awal melalui modularisasi
 

Delight Homes

Motivasi: Keinginan untuk memperbaiki dan humanise perumahan berpendapatan rendah melalui reka bentuk dan kaedah pembinaan yang cekap.
 
Humanising Qualities di Rumah
  • Ruang yang luas, terang dan 
  • Kawasan awam  tebuka di sekitar premis 
  • Ruang pertahanan peribadi 
  • Ruang pengudaraan yang mencukupi untuk pengeringan pakaian
  • Rumah-rumah yang menghadap ke Kawasan permainan dan Kawasan awam dengan meningkatkan pengawasan semula jadi untuk keselamaran
  • Ruang dalaman yang tinggi, terang dan lapang
  • Rekabentuk Modular: Setiap unit perumahan terdiri daripada modul standard yang boleh dicampur dan dipadankan untuk membentuk unit perumahan dengan saiz dan susun atur yang berbeza
 

FAQ

Borang Aduan Pelanggan   Borang Maklumbalas Pelanggan    
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pengurus, 
Centre For Advanced Construction Technology & Innovation (CACTI)
Tel : +603-2779 1479
Email: cacti@cream.my / maria@cream.my