Copyright 2022 by Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
 
 

Profil Syarikat

Latar Belakang Syarikat

Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) telah diperbadankan pada 26 Mac 2004 sebagai syarikat yang berhad dengan jaminan tanpa mempunyai modal saham di bawah Akta Syarikat 1965. Diletakkan di bawah fungsi penyelidikan CIDB, yang membolehkan CIDB menumpukan sepenuhnya terhadap fungsi terasnya. 

Ke arah merealisasikan penubuhan CREAM, Lembaga Pemegang Amanah CREAM telah bertanggungjawab terhadap keseluruhan perkara-perkara yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan pengurusan projek R&D dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. CREAM mula beroperasi sepenuhnya di bawah syarikat yang berhad dengan status terjamin berkuatkuasa pada 1 Januari 2006.
 
CREAM: About Us
 
CREAM: About Us
 

Visi, Misi & Kualiti Polisi

Vision  

Visi

 
Memenuhi keperluan strategik Penyelidikan dan Pembangunan dalam industri pembinaan Malaysia. CREAM juga komited untuk membina perkongsian dengan pihak berkepentingan dan penyelidik industri sambil meneroka dan menggalakkan pembangunan industri berasaskan pengetahuan serta bersedia untuk memenuhi permintaan semasa dan perubahan yang mencabar.
 
Mission  

Misi

 
Untuk menjadikan CREAM diiktiraf di peringkat global sebagai institut penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkemuka yang memacu kualiti, inovasi, teknologi, dan kemahiran ke arah mencapai kelestarian dalam industri pembinaan
 
 
Quality Policy  

Kualiti Polisi

 
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) adalah sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri pembinaan di Malaysia. Kami beriltizam untuk memastikan program R&D memenuhi kehendak dan keperluan industri pembinaan negara dengan melaksana sistem pengurusan kualiti yang memenuhi MS ISO 9001. CREAM akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan sistem MS ISO 9001.
 
Copyright 2022 by Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
Google Site Search