YTL Cement, CREAM buka kilang pemprosesan lebihan konkrit pertama di Malaysia
Kuala Lumpur 29 Julai - YTL Cement dan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM, cabang penyelidikan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), hari ini melancarkan kilang pemprosesan Agregat Konkrit Guna Semula (RCA) yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Kilang yang terletak di Jalan Chan Sow Lin itu memproses lebihan konkrit dari tapak binaan untuk dijadikan bahan gantian sehingga 30% bagi agregat semula jadi dalam konkrit baharu. Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Zainora Zainal berkata, ia adalah satu langkah penting dalam memacu transformasi sektor pembinaan ke arah lebih mampan dan berasaskan ekonomi kitaran.
"Langkah ini sejajar dengan Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP 2030) dalam memulihara sumber asli, mengurangkan pelepasan karbon serta mengoptimumkan sisa binaan.
"Kilang ini membuktikan kejayaan hasil kerjasama sektor awam dan swasta dalam mempercepatkan inovari industri dan menyokonh matlamat dasar negara.
"Inisiatif ini perlu dijadikan penanda aras untuk industri. Ia membuka peluang besar kepada pemain industri bagi menilai semula potensi lebihan konkrit sebagai sumber bernilai" katanya ketika merasmikan majlis pelancaran kilang itu hari ini.
Menurut YTL Cement, sebanyak 5% daripada 30 juta meter padu konkrit yang dihasilkan setiap tahun di Malaysia adalah lebihan konkrit. Ia satu jumlah yang besar dan boleh dimanfaatkan semula melalui teknologu RCA. Kilang itu turut menghasilkan bahan halus yang boleh digunakan sebagai asas jalan tau bahan mentah bata, sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap kuari dan sumber asli baharu. Sementara itu, Pengarah YTL Cement, Datul Aziyah Mohamed berkata , model ini boleh digunapakai di bandar-bandar utama bagi menyokong agenda pembinaan rendah karbon dan kelestratian jangka panjang.
"Inilah masa untuk indutri melihat lebihan konkrit buka sebagai sisa, tetapi sebagai sumber mampan yang mampu menjana nilai baharu." katanya.
Pembinaan kilang itu adalah hasil Momorandum Persefahaman yang dimeterai pada 2023 antara YTL Cement dan CREAM dengan fokus kepada pembangunan bakat, R&D serta amalan pembinaan mampan. Dalam masa sama, kedua-dua pihak akan meneruskan penyelidikan lanjut bagi mengenal pasti lebih banyak kegunaan bahan sampingan RCA, termasuk bahan halusnya dalam pelbagai aplikasi pembinaan.
Source: DagangNews.com
|