Construction 4.0 Strategic Plan

Construction 4.0 Strategic Plan
Revolusi Perindustrian Keempat yang sering diperkatakan kebelakangan ini memerlukan industri pembinaan berubah seiring dengan pembangunan pesat teknologi dan sistem lebih pintar. Revolusi ini menandakan munculnya sistem fizikal siber yang bakal mengubah proses pembinaan di masa hadapan. Penekanan terhadap penggunaan teknologi beserta keperluan peningkatan kemahiran dan pengetahuan menjadi asas yang penting bagi menghadapi perubahan ini. Sejajar dengan perubahan ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan kerjasama pihak berkepentingan dalam industri pembinaan telah membangunkan satu Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (2021-20250) bagi membantu industri pembinaan mendepani perubahan ini.

Pelan Strategik Pembinaan 4.0 merupakan satu pelan jangka masa pendek CIDB, untuk tempoh 5 tahun, yang akan menjadi asas bagi merangka program untuk meningkatkan keupayaan industri pembinaan dalam alaf industri 4.0. Pelan strategik ini dibangunkan selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan Dasar Industri 4.0 Nasional (Industry4WRD). Ia juga turut menyokong dan melengkapi dasar-dasar nasional yang lain antaranya adalah Pelan Hala Tuju Strategik Internet of Things (IoT) Kebangsaan, Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, dan Dasar Ekonomi Digital.

Show:
Sort By: